Ilham Centre : Bebas - Tepat - Kredibiliti
ILHAM CENTRE (KT0211031-M) telah ditubuhkan pada tanggal 2 Januari 2006 dan telah beroperasi sepenuhnya pada 1 Mei 2006. Penyelidikan merupakan aspek terpenting penubuhan ILHAM CENTRE dalam memastikan setiap gerak kerja yang dilakukan berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh. Kami menjalankan penyelidikan dari sudut ekonomi, politik dan sosial melalui beberapa metod serta kaedah kajian yang pelbagai.
Jasin, 5 Mac: Berdasarka penemuan kajian lapangan pihak ILHAM Centre di N27 Merlimau, kemenangan Barisan Nasional menerusi calonnya saudara Roslan Ahmad sudah boleh dijangka. Dengan mengukur kepada respon pengundi kepada kempen oleh jentera BN yang begitu dominan menenggelamkan kekuatan jentera PAS.